Thursday, 9 May 2013

JANJI YANG MENYAKITKAN ;'(

assalamualaikum ,

semua apa khabar ? dah lama kan diba tak update , diba nak je update blog ni tapi sifat malas tu mengatasi segalanya , tapi kali ni diba nak update juga , diba tak boleh tahan , sedih , kecewa , hampa semua ada..

mesti banyak cerita yang korang nak dengar dari diba kan ? sorry kay , next time diba cerita . .
tajuk kat atas nii mungkin tak seperit apa yang diba rasa sekarang , tapi diba nak share je okay , antara korang nak baca atau tak , itu semua terserah pada korang sendiri ..

hmm , korang mesti pernah terima janji seseorang kan ? tak pun korang berjanji dengan orang lain .. dalam kes diba ni , ada seseorang yang berjanji dengan diba tapi dia mungkir .. nak tahu bila dia mungkir .. HAA hari nii laa 10 MEI 2013 .

janji yang dibuat 2 tahun lepas akhirnya musnah begitu sahaja , diba ni bodoh kan ? percaya pada janji yang dibuat 2 tahun lamanya .. tapi tak tahu kenapa diba boleh setia dengan janji palsu tuu , diba tak boleh nak terangkan secara detail apa janji tu , siapa gerangan yang berjanji itu , tapi diba cuma boleh cakap , dia adalah seorang lelaki , lelaki yang pertama mengubahkan perangai diba , penampilan diba , kiranya yang menjadikan adibah sekarang,,, yang menghapuskan adibah yang dulu ..

ingat senang ke nak berubah? dalam masa dua tahun diba cuba sedaya upaya nak berubah sampai diba terpaksa menahan telinga dari mendengar cemuhan , hinaan orang ramai , ingat senang ke nak berlawan dengan diri sendiri , tapi disebabkan nak tampilkan diri diba yang baru depan dia , diba buat juga , sedihh hati diba bila dia tak dapat tengok diri diba sekarang , budak perempuan yang tomboy dahulu kini sudah hampir menjadi budak perempuan yang normal . mungkin bukan 100% tapi diba dah usahakan. tak boleh ke dia datang sekejap tengok usaha diba ? kenapa sanggup buat diba tunggu dia sampai setengah hari .. dia pun tahukan diba bukan nye boleh keluar hari hari , jauh pulak tuu .. hargai sikit boleh tak ?

diba tak boleh nk tidur sebab gementar nak jumpa dia hari ni , tapi tu semua sia sia kan , kesian kawan2 diba yang teman diba , hafiz ,erwan , diba minta maaf okay! patutnya diba tak payah terima pelawaan korang nak hantar diba , kesian korang kena layan karenah diba hari ni , mesti benci kan ? diba degil sangat .. koranglah sahabat dunia akhirat diba , kalau tak de korang tadi rasanya diba jadi gila kot kat tasik tadi.HAHA

pagi tadi diba bertolak pukul 8:00 pagi ,diba naik ktm sampai bandar tasik selatan , lebih kurang dalam  pukul 10 diba dah sampai , pastu naik dengan fiz and wan , wan drive , lajuu gila .. sampai sana dalam 12:30 mcm tu , tunggu punya tunggu sampai tak sedar dah pukul tiga .. JADII ...

hafiz : adib , kitaorang lapar ni , kau tak nak g makan ke ?
wan : tunggu tunggu jugak , perut kena isi jugak dib.
aku : korang pergi je laa , aku tak lapar lagi .
wan : jom la skali , takkan nak tggl kau sorang2 kat sini , kang kena culik cmne.
aku : HAHA tak de makna nye laa, pegi je laa.
fiz : kita order pizza je la , pompuan ni mana ingt makan.

so , dorang terpaksa lunch pizza je , HAHA , kesiaan betul , diba bukan taknak makan ,tapi gementar ,takut semua laa , all in one dok main dalam hati diba nii .. jadi kitaorang tunggu lagi sampai pukul 6:30 ptg ..tapi dia tak datang datang juga .. HAHA macam orang bodoh kan menunggu .. diba nak tunggu lama lagi TAPII ...

wan : babe , balik jom .. lama sangat nii.
hafiz : ye la dib , dah lama kita kat sini , dia tak datang pun , balik je la,aku pun nak kebas dah ni
aku : kita tunggu kejap lagi boleh tak , kejap je.. 
hafiz : kau jangan gampang , kejap ape nye , dah berapa jam kita kat sini.?! *ok aku kena tengking*
aku : kalau kita pergi tiba2 dia dtg mcm mana?
wan : aku rasa tak la dib , jom balik ye , dah nk mghrib , hafiz pun da bengang tu..
aku : hmm

memang padanlah kan diba kena tengking dengan hafiz , kalau dulu dia asyik kena mara je dgn diba , dia sabar je karenah diba tapi hari ni dia tengking diba tuu , HAA kan dah menitis air mata dalam kereta.. dalam kereta semua senyap je , hafiz dengan masam nye , wan dengan termenungnya , dan diba ? confirm laa menangis , apa yang diba tunggu tunggu tak muncul muncul pun , jangan harapkan batang hidung , bayang2 pun belum tentu nampak.. erwan suruh diba nangis puas2 sebab takut diba tak boleh kawal bila sampai kat rumah .. baik tak dia ? HAHA , sampai je kat rumah , mama bagi diorang makan , mak aii punya la lahap .. sampai kat rumah , diba kena lah reka cerita yang diba jumpa orang tuu , tp yang banyak bercerita hafiz je, mcm2 dia temberang..HAHA

peritkan bila orang lain tak tepati janji , kejadian hari ni cukup buat diba trauma dengan perkataan " JANJI "
hope orang tu baca lah ape yang diba post ni , supaya dia tahu hargai orang lain ..

sorry kalau diba ada buat apa2 yang menyakitkan hati korang :)
P/S : jangan pernah menabur janji kalau anda tak pasti untuk menunaikannya ..